Sumbangan Zulhilmi Zahir: Perpecahan Agama Islam

26 02 2010

أعوذ  بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام  عليكم

Minggu ini ada juga sumbangan dari saudara Zulhilmi Zahir. Namun, sebenarnya hamba mengharapkan juga lebih lagi sumbangan dari mana-mana pihak. Tapi  hamba bersyukur juga dengan adanya sumbangan dari saudara Zulhilmi ini. Baik lagi ada daripada tiada bukan? Seperti biasa, hamba akan letak apa yang disumbangkan darinya tanpa mengedit apa yang dihantarnya.

Mesej melalui facebook:

khutbah tadi menceritakan pasal puncanya perpecahan agama islam. antaranya adalah wujudnya fahaman yg berlainan pendapat. salah satu contoh adalah fahaman wahabi, yang dibawa oleh muhamad bin wahab (kalau tak silap). fahaman ni mengfakirkan orang yg mengamalkan talkin, tahlil, berselawat kepada nabi, menyambut maulidur rasul, melagu2kan azan/bacaan quran.

jadi, nk atasi perpecahan dikalangan umat islam, jangan terpengaruh dgn fahaman2 mcm ni. kita kena pegang teguh atas apa yg diajarkan oleh mazhab shafie. harus selalu ikuti pengajian agama (ceramah) oleh guru2 yg ditauliahkan. inshaallah itu saja dapat dikongsikan.

Pandangan hamba?

*pembetulan: Muhamad Abdul Wahab

Dalam renungan makrifat hamba(metafora sahaja, hahaha…), perkara inilah yang sebenarnya yang hamba cuba elakkan dari memberi ulasan. Kerana bimbang membawa pertikaian. Berdasarkan ilmu hamba yang sangat cetek ini, hamba tak berupaya untuk menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa sahaja. Kerana hamba bukanlah ulama mujtahid. Hamba yang hanya berpengetahuan cetek ini tahu bahawa hamba penganut Islam yang bermazhab Shafie. Itulah yang akan hamba pegang di ketika ini. Pada pendapat hamba(tak semestinya betul), punca perpecahan sebenarnya adalah kegagalan kita menguruskan kekhilafan(perbezaan pendapat) sesama kita. Kita mempunyai berbagai mazhab, kita sama-sama menghormati mazhab lain kerana biasanya perbezaan yang berlaku ini hanya pada cabang-cabang dahan dan bukannya pada persoalan pokok dalam agama. Cuma pada pandangan hamba wahabi ini secara manisnya kita boleh katakan mereka sangat tegas dalam ijtihad mereka. Cuma hamba kurang bersetuju kepada sesiapa sahaja yang sesuka hati mengkafirkan orang lain. Untuk bacaan selanjutnya dari wikipedia berbahasa Melayu, boleh klik disini.

Itu sahaja rasanya pendapat hamba. Kalau ada yang salah, betul-betulkanlah ya?


Tindakan

Information

2 responses

30 03 2010
najmi059

alhmdulillah.. bgus blog camnih.. dpt muhasabh diri..
actually,ajaran wahabi ni trlmpau tegas sgt smpaikn diorg mngharamkn terus perkare2 bid’ah(yg x dlakukn rasullullah) walaupun bid’ah hasanah(bid’ah yg baek) spt smbutan maulidur rasul.. yg pnting, kite kene pegang btol dgn ajaran yg dsndarkn mazhab syafie.. insyaalh.. selamt dunia akhirat..
(‘>’)

20 08 2010
nasirsakijan

as-salam
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw
mengapa lama tidak meng up-2-date laman ini.
mungkin ramadan al-mubarak ini dapat memberi ide.

Tinggalkan komen