12 Rabiul Awal; 26/02/2010: Gejala Sosial

26 02 2010

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pertama-tamanya, seperti yang tertera di atas, 12 Rabiul Awal ialah hari kelahiran Rasul kita yang tercinta. Kalau orang barat meraikan krismas sempena hari kelahiran jesus mereka, kita meraikan hari kelahiran rasul kita yang tercinta pada hari ini. Namun fitrah kita untuk menyambutnya dengan sederhana, cukuplah seandainya kita semua tahu hari ini adalah hari kelahiran Rasulullah SAW dan perbanyakkanlah selawat ya? Banyak kebaikannya jika kita berselawat ini. Okey, cukuplah kot ucapan selamat menyambut hari Maulidur rasul ni. Seperti tagline di TV3, “menghidupkan sunnah nabi” marilah kita bersama menghidupkan sunnah nabi sebagai tanggungjawab kita sebagai pengikut ajaran Rasulullah SAW dan sebagai tanda dan bukti cinta kita kepadanya.(Asalnya hamba bercadang nak letak lagu kat sini, tapi rupanya wordpress tak kasi…kalau nak, kena bayar…tak apalah, hamba dah letak lagu tersebut di entri terbaru di blog peribadi hamba di infinitesane, singgahlah kalau nak dengar.)

Berbalik pada tajuk kita minggu ini, biarlah hamba mulakan dengan surah Al-An’am ayat ke 6 yang bermaksud:

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Sepertimana yang kita tahu, telah banyak kaum-kaum yang dibinasakan terdahulu atas kerana keingkaran mereka menurut perintah Allah SWT. Bukannya mereka tak tahu, malah dalam surah An-Nisa ayat ke 165 yang bermaksud:

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sudah tertulis dalam Al-Quran, bahawa kita telah diberitakan tentang kuasa Allah. Makanya, mengapa kita harus sentiasa lagi melanggar perintahnya? Tak cukupkah petanda yang Allah tunjukkan betapa mudahnya Dia membinasakan suatu kaum itu? Adakah kita hendak menunggu bala turun menimpa kita baru hendak bertaubat?

Lihat sahaja di dalam berita-berita surat khabar, saban hari, begitu banyak kes buang anak berlaku di merata-rata tempat. Sesungguhnya memang kita telah kembali ke zaman jahiliah, sesuka hati membunuh anak yang tidak berdosa. Maka, kerana apa Muhammad SAW diutuskan?

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh”. (HR: Bukhari dalam shahih Bukhari)

Lihat sahaja, akhlak itu merupakan ajaran Rasul kepada kita supaya kita menjadi seorang yang baik dan supaya kita menjadi seorang manusia. Ilmu tanpa tuntunan wahyu akan membawa kerosakan kepada kita. Bayangkan bagaimana virus-virus dicipta untuk merosakkan orang lain untuk keuntungan sendiri contohnya. Gejala sosial yang melampau bukanlah dalam ajaran Islam itu sendiri. Memang dalam Islam ada keperluan untuk bersosial. Tapi, ianya tak keterlaluan. Memang bersosial itu penting sebenarnya. Namun, sekali lagi hamba ulang, jangan keterlaluan. Sebab itu dalam agama ada batas-batasnya. Hamba rasa sampai disini dahulu, kerana hamba sedang kekurangan idea untuk mengembangkan isinya. Namun, hamba rasa kita semua faham bukan tentang masalah ini? Kalau ada yang nak beri pandangan dan komen, dipersilakan untuk berbuat demikian.

Khutbah didengar di Parit Raja, khatibnya ialah pakcik kedai makan Idamanja yang sempoi…layan lagu melayu klasik bila ada tayang cerita lama kat TV…

Wallahualam…


Tindakan

Information

Tinggalkan komen