19/02/2010; 05 Rabiul Awal 1431H Nasib Islam

19 02 2010

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda semua, hamba dalam mood malas nak menulis semenjak bercuti ini, tak tahulah apa yang menghalang hamba untuk menulis. Tapi kerana memikirkan tanggungjawab yang hamba sendiri memilih untuk menggunakan cara ini untuk membuat anda semua berasa seronok mendengar khutbah Jumaat dengan sisi berbeza. Blog peribadi hamba di Infinitesane pun dah agak lama x terusik. Dah mula jadi malas bila bercuti ini. Namun, untuk blog ini, sekurang-kurangnya seminggu sekali hamba mesti update, “tiada kompromi” bak kata iklan Mr. Potato tu…

Baiklah, kita mula ya? Kali ini hamba nak mohon ampun dahulu kerana kali ini hamba sampai lewat sedikit ke masjid, namun sempat mendengar khutbahnya. Malangnya hamba mendengar di antara perkarangan masjid dengan kawasan solat dan speaker luar dan speaker dalam bercantum bunyinya dan ianya akan menghasilkan interference dan pastinya akan menghasilkan “titik-titik pekak”(istilah sendiri) dalam kawasan tersebut. Jadi, adalah beberapa point yang hamba dengar tadi, dan hamba bersolat di masjid yang sama dengan minggu lepas.

Setibanya hamba tiba di masjid tersebut, hamba ada mendengar point bahawa kini di dunia luar, apa sahaja yang jahat, asyik ditudingkan jari ke Islam. Dan tuduhannya ialah Agama kita gagal mengawal penganutnya dan kemudian dibacakan petikan dari surah At-taubah ayat 32:

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Kita sebagai muslim kini menghadapi berbagai rintangan dan cabaran bukan hanya dari ancaman luaran, malah dalaman juga. Apa itu? Hamba akan jelaskan sebentar lagi. Jawapannya, ialah golongan munafik. Luaran sahaja islam, namun ia bertugas untuk memburukkan agama Islam. Tengok sahaja sekarang, berapa ramai penganut agama Islam, namun berapa ramai yang mengamalkan ajaran agamanya. Selepas itu juga, khatib ada membacakan ayat At-Taubah ayat 42:

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang munafik yang hanya bercakap manis namun tak bermaksud dengan apa yang dikatakannya. Adakah hamba munafik? minta dijauhkanlah ya? Merekalah yang memburukkan agama Islam dengan sikap-sikap yang dilarang dalam agama dan bukanlah hamba nak mengecop sesiapa munafik, mana mungkin kita terlepas dari melakukan kesilapan. Yang hamba maksudkan, orang yang melakukan perkara sedemikian dengan sengaja. Tak mustahil pihak musuh menggunakan apa jua teknik untuk memburuk dan menjatuhkan Islam sepertimana dalam ayat 32 surah At-Taubah diatas.

Yang penting, kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu bersatu padu. Malangnya, kini sangat banyak perselisihan dan peperangan sesama saudara, perang saudara. Jadi, bagaimana kita nak bersatu? Sepatutnya, kita harus bijak mengurus perbezaan pendapat dan bersatu dibawah perlindungan Allah SWT, kan?

Sampai sini sahaja dahulu, walaupun hamba dalam mood malas nak menulis, still panjang juga entri ini bukan? Hamba sangat berharap sumbangan berterusan dari anda semua dari segi komen atau berkongsi cerita khutbah anda. Hamba tak nak duit anda semua buat masa ini…

Wallahualam…


Tindakan

Information

One response

22 02 2010
man

Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
MASJID ISTIQOMAH ,
Kayangan Heights , Subang Permai
DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
selepas Maghrib

B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
HABIB ALI AL-HADDAD &
SYEIKH FAHMI ZAMZAM
info : 013-330 9474 (imam)

C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)

1.
MASJID AL-FALAH USJ 9
QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
mula jam 3.30 pagi

2.
MASJID AL-FALAH USJ 9
BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
& DATIN AMINAH ZAKARIA
mula jam 9.00 pagi

3.
MASJID DARUL EHSAN ,
taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
mula Jam 3.30 ptg
info : 019-216 8426 (imam Sabri)

4.
MASJID ALBUKHARY
Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
HABIB ADNAN AL-HADDAD
selepas Maghrib
info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)

5.
MASJID AS-SOBIRIN,
AU 5, Lembah Keramat
AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
mula 6.30 ptg

D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)

1.
YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
5 ptg – 10 mlm

2.
YAYASAN AL-JENDERAMI ,
kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
HABIB ADNAN AL-HADDAD
selepas Maghrib

E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)

1.
PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
d/a Rumah Habib Husin al-Juned
36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
mula jam 11.30 pagi
info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)

2.
PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
Mula jam 5.00 ptg
info : 019-669 3887

F) 18 – 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)

YAYASAN AL-JENDERAMI ,
kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE
info lanjuk rujuk : http://wp.me/piAx4-19B

Tinggalkan komen