Dua sumbangan pertama, Alhamdulillah…

13 02 2010

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Syukur Alhamdulillah, jemputan hamba kepada beberapa rakan hamba di laman facebook, ada dua rakan yang berkongsi cerita tentang khutbah Jumaat, iaitu saudara Zulhilmi bin Zahir dan saudara Afiq Hakimi. Tanpa membuang masa, kita ke perkara yang dikongsi ya? Hamba tak edit apa-apa ya dari sumbangan mereka.


Zuhilmi bin Zahir:

salam. ok, tak sure jumaat bila. bulan lepas barangkali. maafkan saya kalau ada tersilap mana2 bahagian. dan harap dapat betulkan.

apa yang saya dengar dari khutbah tempoh hari, mengatakan arak pada asalnya adalah satu budaya, biasanya diminum ketika ada majlis keramaian dan sbagainya. jadi, padu satu masa, seorang sahabat telah minum arak lalu menjadi imam, dan dia mabuk, apabila dia mabuk, dia membaca ayat alquran dengan menukar maksud asal tanpa disedari. kemudian, seorang daripada kaum ansar(kut) mabuk lalu membaca puisi mengutuk kaum muhajirin(kut) sehingga menimbulkan pergaduhan dan permusuhan. jadi, sejak dari kedua-dua kejadian itu, tuhan utuskan arak adalah HARAM di sisi islam, muktamad.

segala urusan yang berkaitan adalah haram walaupun kita tidak meminumnya, as in kita menjual, membeli utk pihak org lain, bekerja di syarikat arak, menyokong segala aktiviti yg dianjurkan oleh syarikat arak dan lain-lain…

kalau ada kesilapan mana mana bahagian, harap dapat betulkan. InsyaAllah sedikit sebanyak dari saya. salam.

Afiq Hakimi:

ohh tadi jumaat.khutbah ada berkaitan isu gejala songsang dlm masyarakat Islam di negara kita.mcm2.kita sendiri pun tahu kan.
kita sudah tidak punya rasa malu terhadap Allah.
juga diterangkan Valentine bukan perayaan orang Islam.
Haram sama sekali untuk menyambut nya.

Ulasan Hamba?

Dalam kes sumbangan Zulhilmi, hamba juga ada mendengar khutbah tentang arak ini di masjid jamek UTHM. Sepertimana yang kita sedia maklum, arak adalah ibu segala maksiat. Rasulullah sendiri yang menyatakan sedemikian. Kerana apa ibu maksiat? Bukan ibu roti ya? atau ibumie. Ada satu cerita(dipetik dari isi khutbah yang hamba dengar) seorang yang alim diperdaya oleh perempuan jahat dan mengurung orang alim itu bersamanya. Dia menyuruh orang alim itu membuat pilihan samada berzina dengannya, atau membunuh anak kecil atau meminum arak. Orang alim itu tak sampai hati untuk membunuh anak kecil itu mahupun berzina dengan perempuan tersebut. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk meminum arak. Akhirnya dia mabuk dan berzina dengan perempuan tersebut malahan juga membunuh anak kecil itu. Betul kata saudara Zulhilmi tentang asal pengharaman arak. Memang meminum arak itu budaya mereka pada asalnya dan pengharaman meminum arak bukanlah secara mengejut, malah pada asalnya arak hanya diharamkan diminum sebelum solat dan kemudian barulah diharamkan secara menyeluruh untuk meminum arak. Kerana takut pengharaman itu mengejut kerana meminum arak itu adalah budaya mereka dan pastinya sukar untuk terus berhenti secara tiba-tiba. Seperti berhenti menghisap rokok, mestilah step by step kan? kalau tak, boleh sawan ye tak? namun, dalil seperti inilah yang dianggap oleh sesetengah orang bahawa ayat Al-quran itu bercanggah. Ia tidak benar sebenarnya. Pemansuhan ayat Al-quran dari sudut ilmiah disebut sebagai “Nasakh” dan ia bermaksud dari sudut bahasa sebagai mengantikan atau mengubah. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik sini. Sebenarnya, memang sejarah pengharaman untuk meminum arak bukan secara mengejut.

Untuk kes cerita Afiq Hakimi, memang benar, kita dah tak malu dengan Allah lagi, melakukan maksiat dan laranganNya meskipun kita tahu itu salah disisi agama. Kita dah tak malu dengan Allah kerana beranggapan Allah itu jauh dengan kita, ada yang beranggapan Allah itu ada di langit dan sebagainya. Sebenarnya, kita percaya bahawa Allah itu tak bertempat. Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Sangat dekat sebenarnya. Tapi ini akan menyentuh falsafah tasawuf yang agak dalam sehingga mungkin anda belum dapat memahaminya. Cukuplah kita tahu dan perlu sedar, Allah itu sentiasa berada dekat dengan kita, sangat dekat. Dalam Al-quran, surah Al-Israa’ ayat 32:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Nampak tak? Dekat dengan zina pun tak boleh, “jangan menghampiri zina”. Berdua-duaan pun sangatlah tak boleh sebenarnya, kerana sabda Rasulullah SAW yang agak famous ada menyatakan,

Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan.

Itulah, apabila nafsu didahulukan, cinta diutamakan. Hamba bergurau sahaja. Hamba bukanlah berniat mengutuk mana-mana pihak, hamba bergurau sahaja. Memang patut pun bagi pemimpin mendahulukan rakyat, dan mengutamakan pencapaian, tanpa melupakan agama. Namun, sepertimana yang hamba katakan, apabila nafsu didahulukan, Allah diabaikan. Terutama majoriti muda-mudi masa kini yang membimbangkan. Sampai disini dahulu, jumpa lagi di entri seterusnya.

Wallahua’lam…

salam. ok, tak sure jumaat bila. bulan lepas barangkali. maafkan saya kalau ada tersilap mana2 bahagian. dan harap dapat betulkan.apa yang saya dengar dari khutbah tempoh hari, mengatakan arak pada asalnya adalah satu budaya, biasanya diminum ketika ada majlis keramaian dan sbagainya. jadi, padu satu masa, seorang sahabat telah minum arak lalu menjadi imam, dan dia mabuk, apabila dia mabuk, dia membaca ayat alquran dengan menukar maksud asal tanpa disedari. kemudian, seorang daripada kaum ansar(kut) mabuk lalu membaca puisi mengutuk kaum muhajirin(kut) sehingga menimbulkan pergaduhan dan permusuhan. jadi, sejak dari kedua-dua kejadian itu, tuhan utuskan arak adalah HARAM di sisi islam, muktamad.

segala urusan yang berkaitan adalah haram walaupun kita tidak meminumnya, as in kita menjual, membeli utk pihak org lain, bekerja di syarikat arak, menyokong segala aktiviti yg dianjurkan oleh syarikat arak dan lain-lain…. Lihat seterusnya..

kalau ada kesilapan mana mana bahagian, harap dapat betulkan. inshaallah sedikit sebanyak dari saya. salam.


Tindakan

Information

2 responses

14 02 2010
wani

di malaysia mmg dah jd budaya berkawan lelaki perempuan tanpa batas.. n ketahuilah sejarah islam dahulu untuk membina islam sekarang.. org yahudi pernah berkata.. ade 3 sebab kenap umat islam ini lemah.. 1. kerana org islam pemalas 2. orang islam tidak mengetahui sejarah islam dahulu 3. ( maaf saya xingat) .. tp dr jauh saya dpt melihat lemahnya Malaysia kerana tidak pelajari sejarah terdahulu ..cube kaitkan punca keruntuhan andalusia dgn keadaan Malaysia sekarang.. musuh sedang mengawasi kt..
maaflah keran keluar sikit dr topik.. tp saya sygkan Malaysia krn Malaysia negara saya.. mahukah kt jadi mcm nih.. http://www.youtube.com/watch?v=_k2aX-9j6H8

14 02 2010
iqbalnasirdikhutbahjumaat

Terima kasih atas komen saudari diatas(saudari kot, nama wani). Tahniah kerana menjadi orang pertama memberi komen di blog yang baru dibuat semalam…Ya, hamba bersetuju dengan pandangan saudari itu, tapi tak pelik pun perkara-perkara itu kerana memang Rasulullah SAW sendiri yang menceritakan kronologi peristiwa-peristiwa di akhir zaman ini yang memang tak dapat dinafikan kesahihannya. Namun, tak bermakna hamba berlepas tangan ya? Benda ini memang dah dinyatakan, namun endingnya kita tahu bukan? tugas kita adalah dengan sabar membawa semua kembali kepada Allah. Dan ingatlah, ujian memang Allah turunkan untuk menguji kesetiaan kita kepadaNya. Target kita akhirat nanti. Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa hampir kepada Allah. Sekali lagi, terima kasih atas komen dan pandangan saudari, semoga dapat berkongsi lagi ilmu ya? hamba pun muda lagi, dan masih terlalu cetek ilmu hamba.

Tinggalkan komen