28 Safar 1431; 12/02/2010: Amal Ma’ruf Nahi Munkar

12 02 2010

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kita teruskan sahaja ke entri pertama kita ya? Khutbah didengar di masjid di Klang.(tak ingat nama masjid.)maksudnya sudah pulang di rumah la…


Baiklah, kita sering mendengar tentang perkara ini, sebelum masuk ke ulasan lebih mendalam, saya mulakan dengan potongan ayat Al-quran ini, dari Surah Al-Imran ayat 104;

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dari ayat itu telah jelas Allah menyuruh kita untuk menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah. Itu merupakan kewajiban kita.

Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin Jilid 3, ada menyebut tentang perkara ini dalam salah satu kitabnya, iaitu kitab ke-9 dari Rubu’ Adat. Namun, sepertimana objektif blog ini iaitu santai, hamba akan sentuh luaran sahaja kerana kalau nak diisi dengan apa yang ada dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, tersangatlah panjang. Anda yang hendak mengetahui lanjut, bolehlah mendapatkan kitab tersebut.

Menurutnya, pentingnya amal ma’ruf nahi munkar ini dan atas sebab inilah Allah mengutuskan nabi-nabinya. Dalam amar ma’ruf nahi munkar ini,ada 4 bab iaitu:

1. Wajib amar ma’ruf nahi munkar dan keutamaannya

2. Rukun dan syaratnya

3. Perlakuan dan penjelasan munkar-munkar yang berlaku dalam adat kebiasaan.

4. Menyuruh amir-amir dan sultan-sultan mengerjakan ma’ruf dan melarang mereka dari perbuatan munkar.

Sesungguhnya sepertimana yang hamba ceritakan tadi, kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, silalah cari kitab Ihya’ ulumiddin. Sekiranya tak mampu membeli, pinjam sahaja dimana-mana. Banyak penjelasan yang dihuraikan didalamnya.

Untuk konteks sekarang, berdakwah adalah kewajiban kita semua. Bukan hanya melalui satu cara, malah berbagai-bagai cara. Salah satunya ialah seperti blog inilah. Ini salah satu cara dakwah juga. Cara dakwah sebenarnya fleksibel. Asalkan tidak melepasi garisan syariat Islam. Saling ingat mengingati juga sebenarnya tanggungjawab kita bukan? Jangan kita bersikap lepas tangan kerana kita akan disoal kelak. Yang menjadi kebuntuan kini dan perlu difikirkan ialah bagaimana cara untuk kita berdakwah agar dapat rapat dengan golongan yang nak didakwahkan. Ini adalah kerana ada orang jenis yang enggan mendengar teguran. Namun, jangan kita berputus asa. Fikir lagi. Fikirkan approach apa lagi boleh dilakukan. Jangan memaksa. Lebih-lebih lagi sekarang orang ramai telah terbiasa dengan cara hidup yang terpesong dari jalan agama sendiri. Pada masa yang sama, kita juga harus sering menjaga peribadi kita. Inilah yang dikatakan berdakwah melalui teladan. Pernah dengar kepimpinan melalui teladan? Konsepnya sama. Hamba setakat ini agak buntu lagi untuk memikirkan kaedah yang harus digunakan. Namun hamba tak berputus asa.

Hamba akhiri entri ini dengan beberapa persoalan agar sama-sama kita fikirkan.

1. Bagaimana cara kita nak menghindarkan majoriti muda-mudi(hamba juga masih muda, bulan 5 ini baru masuk 21 tahun) kita dari pergaulan bebas yang terlalu bebas. Berpegangan tangan sesama bukan muhrim adalah perkara biasa bagi mereka.

2. Bagaimana cara kita nak menanamkan rasa cinta muda-mudi kita kepada Allah dan agamanya. Sanggupkah mereka berjihad demi agama andai peperangan meletus? Mereka terlalu berasa selesa.

Sama-samalah kita fikirkan. Bukanlah semua muda-mudi bersikap demikian, ramai juga yang hamba nampak komited dengan agamanya walaupun bukanlah majoriti bersikap demikian. Namun, sentiasalah kita beringat jumlah angka bukanlah kayu pengukur sesuatu kejayaan. Ingat dan seraplah semangat tentera Badar dalam diri kita. Apa yang kurang diharap dapat ditambah dan apa yang tersilap harap dapat dibetulkan.

Wallahualam

Al-Imran ayat 110;

Tindakan

Information

Tinggalkan komen